Wednesday, 17 May 2017

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI)

đź’™PPI dilaksanakan secara menyeluruh dengan penglibatan semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti. Model PPI merangkumi bidang akademik dan bukan akademik dengan menyediakan khidmat sokongan di dalam atau di luar bilik darjah. Penekanan ini diberikan bagi membolehkan MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik bersama-sama murid arus perdana. Konsep PPI ini adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah:

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.” 


Dua pendekatan PPI yang boleh dilaksanakan adalah inklusif penuh dan inklusif separa yang melibatkan MBK bersama-sama murid arus perdana di semua sekolah harian.

Inklusif Penuh
MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Inklusif Separa
MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik adalah berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.


Matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI)

đź’™Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.


Objektif Program Pendidikan Inklusif (PPI)


  • memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan; 


  • membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum;


  • memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka;


  • meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.



No comments:

Post a Comment